ROM, 17 NOV – Polis Itali berkata hari ini mereka telah memberkas 12 orang yang didakwa terbabit dalam sindiket yang membawa pendatang dari Tunisia ke Sicily, dengan enam suspek masih bebas.
Suspek, terdiri daripada 11 warga Tunisia dan tujuh warga Itali, didakwa menggunakan bot kecil dengan enjin berkuasa untuk membawa di antara 10 hingga 30 pendatang pada satu masa dari beberapa bandar di pantai Tunisia ke Sicily, Itali.
Perjalanan mengambil masa kurang empat jam, kata polis dalam satu kenyataan. Sindiket itu dikendalikan oleh seorang lelaki dan wanita warga Tunisia dari bandar Sicily, Nisceni – meskipun kedua-dua mereka ditahan di rumah ketika itu.
Mereka bergantung pada orang lain yang ditugaskan mengendali logistik seperti pengutipan wang dan menempatkan pendatang yang baru tiba. Pendatang membayar di antara 3,000 euro dan 5,000 euro setiap orang, bermakna penyeludup memperoleh di antara 30,000 euro dan 70,000 euro setiap perjalanan, menurut polis. – AFP