Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Singa gunung serang budak lima tahun di California

    SAN FRANCISCO, 29 OGOS – Seekor singa gunung yang menyerang seorang budak lelaki berusia lima tahun lalu mengheretnya, kejadian berlaku di California Selatan, telah ditembak dan dibunuh oleh seorang pegawai hidupan liar, kata pihak berkuasa semalam.

    Singa gunung seberat 65 kilogram menyerang budak lelaki berkenaan ke-tika dia sedang bermain berdekatan rumahnya pada Khamis lalu di Calabasas dan ‘mengheretnya sekitar 45 ela’ di halaman depan rumah, kata Kapten Patrick Foy, jurucakap Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

    Budak itu mengalami kecederaan traumatik di kepala dan bahagian atas badannya tetapi berada dalam keadaan stabil di hospital Los Angeles, kata Foy.

    “Wira sebenar kisah ini adalah ibunya kerana dia benar-benar menyelamatkan nyawa anaknya,” kata Foy. Ibu berada di dalam rumah ketika dia mendengar kekecohan di luar.

    “Dia berlari keluar dari rumah dan memukul singa itu dengan tangannya sendiri dan melepaskannya dari anaknya,” katanya.

    Ibu bapanya dengan segera membawa anak itu ke hospital, di mana penguatkuasa diberitahu mengenai serangan itu dan menghantar seorang pegawai hidupan liar ke tempat kejadian.

    “Sebaik tiba di rumah mereka, petugas itu menemui seekor singa gunung berada di kawasan semak,” kata Foy.

    Ujian DNA seterusnya mengesahkan bahawa singa itu yang bertanggungjawab menyerang kanak-kanak itu, kata kenyataan itu.

    Seekor singa gunung lain yang terlihat di daerah itu ditenangkan dan kemudian dilepaskan ke hutan tanpa cedera setelah diuji untuk memastikan ia tidak terlibat dalam serangan itu. – AP

    Gambar fail pada 10 Julai 2016 menunjukkan seekor singa gunung betina di Pergunungan Verdugos di Los Angeles County, California. Seekor singa gunung telah menyerang seorang budak lelaki berusia lima tahun di California Selatan dan ditembak serta dibunuh oleh seorang pegawai hidupan liar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -