Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Singapura akan miliki jana kuasa hidrogen pertama

    SINGAPURA, 1 SEPT – Singapura bakal memiliki jana kuasa hidrogen pertamanya, Keppel Sakra Cogen Plant, yang dijangka siap sepenuhnya pada separuh pertama 2026.

    Ini apabila Keppel Infrastructure Holdings Ltd menerusi unit milik penuhnya Keppel Energy, telah mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) untuk membangunkan jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) canggih berkuasa 600MW.

    Keppel Infrastructure ialah unit milik penuh Keppel Corporation, syarikat multinasional Singapura yang menyediakan penyelesaian bagi pembandaran mampan.

    Keppel Infrastructure dalam laman webnya berkata jumlah pelaburan bagi Keppel Sakra Cogen Plant yang akan dibina di sektor Sakra di Pulau Jurong, dijangka sekitar S$750 juta.

    Syarikat itu berkata sebagai jana kuasa CCGT, ia akan dapat menghasilkan wap untuk digunakan dalam proses perindustrian bagi pelanggan tenaga dan kimia di Pulau Jurong.

    “CCGT canggih ini akan menjadi paling efisien dalam kalangan jana kuasa di Singapura dan akan dapat menjimatkan sehingga 220,000 tan CO2 setahun berbanding purata kecekapan operasi Singapura bagi kuasa setara yang dijana,” katanya.

    Sementara itu, ketua eksekutif Energy Market Authority (EMA) Ngiam Shih Chun berkata permintaan kuasa elektrik Singapura dijangka berkembang seiring dengan peningkatan pembekalan elektrik dan pertumbuhan ekonomi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...