Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura bakal miliki loji penyahgaraman kelima

    SINGAPURA, 7 Feb – YTL Power International Bhd adalah antara empat pemohon pralayak yang dipelawa untuk mengemukakan cadangan pembangunan loji kelima penyahgaraman Singapura di Pulau Jurong.

    Tiga yang lain ialah Keppel Infrastructure Holdings Pte Ltd, Sembcorp Utilities Pte Ltd, dan Tuas Power Ltd. PUB, agensi air nasional Singapura, mengeluarkan Permohonan Untuk Cadangan (RFP) hari ini bagi pembangunan loji berkenaan.

    Projek itu yang akan dibangunkan berasaskan konsep Reka bentuk-Bina-Urus (DBOO) menjelang 2020, akan menambah 137,000 meter padu atau kira-kira 30 juta gelen air penyahgaraman (mgd) sehari kepada bekalan air Singapura, bagi meningkatkan bekalan air.

    Loji itu akan dijajarkan dengan kemudahan pemohon sedia ada seperti loji tenaga atau loji penjanaan stim di Pulau Jurong, bagi pelarasan sinergi dan sumber seperi kemasukan air laut atau tenaga.

    YTL Power International dipelawa untuk mengemukakan cadangan pembangunan loji kelima penyahgaraman Singapura di Pulau Jurong. – AFP
    YTL Power International dipelawa untuk mengemukakan cadangan pembangunan loji kelima penyahgaraman Singapura di Pulau Jurong. – AFP

    “Air yang dingahgaram (suling) merupakan tunggak utama dalam strategi bekalan air Singapura.

    Sebagai sumber air yang bergantung kepada hujan, ia memperkukuh kebolehpercayaan bekalan air terhadap tempoh cuaca panas dan kemarau yang panjang,” kata Pengarah Pembangunan Kejuruteraan dan Perolehan PUB Young Joo Chye dalam satu kenyataan hari ini.

    Pada masa ini terdapat dua loji penyahgaraman di Singapura dengan gabungan kapasiti 100 mgd, dan ini dapat memenuhi sehingga 25 peratus daripada permintaan air semasa Singapura.

    Loji ketiga di Tuas dijangkakan siap pada 2017 dan keempat di Marina Timur, pada 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda