Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Singapura berjaya lakukan rampasan terbesar tanduk badak

SINGAPURA, 5 OKT – Pihak berkuasa Singapura telah melakukan rampasan terbesar mereka terhadap tanduk badak dengan anggaran nilai AS$830,000 yang dirampas daripada seorang penyeludup yang tiba dari Afrika Selatan, kata pegawai hari ini.

Lembaga Taman Negara bandar itu mengatakan sebanyak 20 tanduk seberat 34 kilogram ditemui dalam dua beg di Lapangan Terbang Changi Singapura, kelmarin.

Barangan seludup itu dikesan oleh anjing penghidu dan kepunyaan seorang penumpang yang dalam perjalanan ke Laos, menurut lembaga itu, sambil menambah suspeknya telah ditahan.

“Ini adalah rampasan terbesar tanduk badak sumbu di Singapura setakat ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Badak sumbu dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) dan perdagangan antarabangsa dalam tanduknya adalah dilarang.

Lembaga itu mengatakan ujian genetik telah dijalankan ke atas tanduk yang dirampas untuk mengenal pasti spesiesnya, selepas itu ia akan dimusnahkan untuk mencegahnya daripada dipasarkan semula. – AFP

Tanduk badak yang dirampas semasa dipamerkan di premis Lembaga Taman Negara di Singapura pada 5 Oktober. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -