Singapura catat 48 kes baharu COVID-19

SINGAPURA, 14 SEPT – Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan terdapat 48 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas di republik itu dan tiada kes dalam komuniti dilaporkan.

Dalam data ringkasnya yang dikeluarkan di sini hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata terdapat lima kes import yang semuanya telah diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Bagaimanapun, data mengenai baki kes tidak disertakan.

Penambahan kes baharu itu menjadikan keseluruhan jangkitan di republik itu kini berjumlah 57,454 kes. – Bernama