Singapura catat pengurangan lebih 120,000 pekerja

SINGAPURA, 14 SEPT – Jumlah pekerjaan tidak termasuk Pekerja Domestik Asing (FDW) di Singapura mencatatkan pengurangan seramai 129,100 pekerja dalam separuh pertama 2020, penyusutan setengah tahun terbesar dalam rekod, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

MTI yang memetik Laporan Pasaran Buruh Suku Kedua 2020, Jabatan Perangkaan dan Penyelidikan Tenaga Manusia berkata, tenaga kerja asing susut 5.7 peratus atau 66,400 daripada 2.7 peratus atau 62,700 kejatuhan dalam pekerjaan tempatan.

“Pengurangan dalam tenaga kerja asing ini adalah lebih meluas merentasi sektor,” katanya. – Bernama