Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Singapura catat suhu tertinggi bulan Oktober, 36.3 darjah celsius

    SINGAPURA, 2 NOV – Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) pada Rabu mengumumkan bahawa negara itu merekodkan suhu tertinggi iaitu 36.3 darjah Celsius bagi Oktober, iaitu pada 9 Oktober lalu.

    Oktober tahun ini menyaksikan suhu maksimum harian melebihi 34 darjah Celsius selama 25 hari, lapor Xinhua.

    Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius direkodkan di beberapa bahagian, dengan 36.3 darjah Celsius dicatat di utara Singapura, menurut MSS.

    Ini merupakan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Singapura pada Oktober, memecah rekod sebelum ini iaitu 35.7 darjah Celsius pada 14 Oktober 2001 dan 13 Oktober 2019.

    Sementara itu, jerebu yang melanda negara itu pada 7 dan 8 Oktober kini beransur pulih susulan lebih banyak hujan dicatat pada akhir Oktober, menurut MSS. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...