Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura denda Grab, Uber AS$9.5J

    SINGAPURA, 24 Sept – Singapura hari ini mendenda firma perkhidmatan teksi Grab dan Uber AS$9.5 juta kerana melanggar peraturan persaingan apabila mereka bergabung, berkata perjanjian tersebut telah menambah tambang dan mewujudkan halangan kepada pesaing.

    Beribu pejabat di Singapura, Grab bersetuju untuk membeli perkhidmatan teksi dan perniagaan makanan firma Amerika Syarikat (AS) Uber di Asia Tenggara pada Mac, menamatkan satu persaingan di antara syarikat.

    Sebagai tukaran, Uber menerima 27.5 peratus saham dalam Grab.

    Bagaimanapun, perjanjian tersebut diteliti di seluruh rantau dan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura menjadi salah satu pemerhati di beberapa negara yang melancarkan siasatan.

    Dalam kesimpulan kepada siasatannya, suruhanjaya berkata ia telah mendapati gabungan telah mengurangkan ‘persaingan dalam pasaran platform perkhidmatan teksi di Singapura.’

    Seorang lelaki berjalan melepasi pejabat pengangkutan Grab di Singapura, kelmarin. Singapura telah mendenda firma perkhidmatan teksi Grab dan Uber AS$9.5 juta kerana melanggar peraturan persaingan apabila mereka bergabung. – AFP

    Tambang Grab meningkat di antara 10 dan 15 peratus selepas perjanjian tatkala syarikat itu mengurangkan jumlah mata yang diperoleh oleh penumpang dan menjadikannya lebih sukar untuk mereka menebusnya, katanya.

    Pesaing berpotensi dihambat oleh perjanjian yang dimeterai oleh Grab dengan syarikat teksi, rakan sewa kereta dan beberapa pemandunya, kata suruhanjaya. Perjanjian itu bermakna pemandu tidak boleh bekerja untuk syarikat lain.

    Suruhanjaya mendenda kedua-dua firma Sg$13 juta iaitu Sg$6.42 juta untuk Grab dan Sg$6.58 juta untuk Uber ‘kerana menghalang gabungan yang tidak dapat ditarik balik yang menjejas persaingan.’

    Badan itu juga mengkritik Grab dan Uber kerana tidak mendapatkan kebenaran daripada suruhanjaya sebelum menamatkan perjanjian.

    Di samping denda, suruhanjaya mengarahkan beberapa langkah akan dilaksanakan untuk mengurangkan tambang dan membenarkan pelabur baharu untuk bersaing dengan Grab, termasuk kembali kepada harga sebelum gabungan dan membenarkan pemandu Grab menggunakan platform perkhidmatan lain.

    Lim Kell Jay, ketua Grab Singapura, berkata “Firma menamatkan perjanjian dalam hak yang sah dan masih menegaskan kami tidak mencabul undang-undang persaingan dengan sengaja atau cuai.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda