Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Singapura diminta untuk dakwa Rajapaksa

    SINGAPURA, 25 JULAI – Kumpulan hak asasi kemanusiaan antarabangsa telah meminta kepada Singapura secara rasmi untuk mendakwa presiden Sri Lanka yang digulingkan, Gotabaya Rajapaksa atas jenayah kemanusiaan semasa perang saudara berdekad lamanya, kata pegawai itu hari ini.

    Rajapaksa lari dari negaranya awal bulan ini selepas kediaman rasminya diserbu oleh puluhan ribu pembantah yang berang dengan krisis ekonomi negara tersebut.

    Kumpulan hak asasi menuduh pasukan kerajaan membunuh 40,000 warga Tamil dalam serangan semasa minggu terakhir perang itu pada tahun 2009.

    International Truth and Justice Project berpangkalan di Afrika Selatan itu telah menggesa Singapura untuk menggunakan kuasa sejagatnya untuk menangkap bekas presiden atas pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    “Ini termasuk pembunuhan, penyeksaan, layanan tidak perikemanusiaan, rogol dan bentuk keganasan seksual lain, menyeksa mental dan kebuluran,” menurut aduan 63 halaman itu.

    Pejabat Peguam Negara (AGC) Singapura mengesahkan hari ini ia telah menerima aduan daripada kumpulan itu kelmarin, tanpa memberi butiran lanjut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...