Singapura guna undang-undang berita palsu

SINGAPURA, 20 MEI – Singapura hari ini menggunakan undang-undang berita palsu untuk mengarahkan Twitter dan Facebook supaya memberi amaran kepada pengguna berhubung dakwaan palsu mengenai varian baharu yang tercetus di republik itu.

Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal, mendakwa minggu ini menerusi media sosial bahawa jenis virus baharu COVID-19 muncul di Singapura yang boleh mencetuskan gelombang baharu penularan wabak itu di India, justeru menggesa sekatan dikenakan terhadap penerbangan.

Bagaimanapun, republik itu menolak keras dakwaan disifatkan sebagai ‘tidak berasas’ itu – menegaskan bahawa tidak wujud ‘varian Singapura’. Kerajaan India juga mengecam Kejriwal. – AFP