Singapura ketat kawalan keselamatan

SINGAPURA, 24 NOV – Seorang rakyat Malaysia antara 16 warga asing yang dihantar pulang ke negara asal masing-masing oleh Singapura sebagai sebahagian langkah memperketat kawalan keselamatan di republik itu susulan insiden serangan ganas di Perancis dan tempat lain baru-baru ini.

Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) republik itu di sini hari ini, rakyat Malaysia tersebut didapati bersikap radikal dan berhasrat melakukan perjalanan ke Syria atau Palestin untuk mengambil bahagian dalam aktiviti keganasan bersenjata.

Baki 15 orang lagi terdiri daripada rakyat Bangladesh yang kebanyakannya bekerja dalam industri pembinaan dan susulan insiden serangan ganas baru-baru ini, mereka didapati telah membuat hantaran di media sosial yang menghasut ke arah keganasan atau yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat, kata MHA. – Bernama