SINGAPURA, 7 April – Ketua gereja Kristian Singapura yang kaya, yang telah membelanjakan dana jemaah berjumlah AS$35 juta untuk bidaan yang gagal untuk mempromosikan karier muzik isterinya telah dikurangkan hukuman penjaranya apabila rayuannya didengarkan hari ini.
Kes itu yang melibatkan video-video galak yang memaparkan selebriti-selebriti seperti penyanyi rap Wyclef Jean bersama isteri ketua Gereja City Harvest (CHC) Kong Hee, pada awalnya menyaksikan ketua gereja itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.
Namun Mahkamah Tinggi Singapura mengurangkan separuh hukuman yang dijatuhkan ke atas ketua gereja berusia 52 tahun itu kerana menyalahgunakan kira-kira Sg$50 juta (AS35.6 juta) dana gereja dalam cubaan gagal untuk menjadikan isterinya, Sun Ho, juga seorang pastor, menjadi bintang pop sejagat.
Kes itu disifatkan oleh pihak pendakwa raya sebagai penggelapan wang dana amal terbesar dalam sejarah undang-undang di negara itu.
Pihak pendakwa mengatakan Kong seharusnya dipenjarakan sehingga 12 tahun, tetapi mahkamah rayuan tiga orang hakim pada hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan ke atasnya.
Lima orang lagi ketua gereja besar, yang menggunakan muzik pop untuk menarik minat para anggota dan menambah sumbangan, juga menyaksikan hukuman penjara asal yang dijatuhkan ke atas mereka dikurangkan oleh perintah mahkamah.
Hakim mahkamah rayuan Chao Hick Tin berkata ketua-ketua gereja ‘bertindak dalam apa yang benar-benar mereka percaya demi kepentingan CHC.” Ho, 44 tahun, tidak pernah didakwa dengan sebarang jenayah dan tidak menghadiri sesi itu. Bilik mahkamah penuh sesak, kebanyakannya dengan para penyokong Kong, yang duduk dalam keadaan tenang sepanjang sesi dengar itu, ‘kecewa’ dengan hasil sesi dengar itu, menurut peguamnya, Edwin Tong.
“Dia akan memikirkan pengadilan itu, kemudian memutuskan apa akan berlaku seterusnya,” katanya lagi.
Mahkamah daerah telah menyabitkan kesalahan ke atas enam orang ketua gereja kerana mengalihkan Sg$24 juta dari dana bangunan gereja untuk membantu Ho, penyanyi pop Mandarin memasuki pasaran sejagat yang berbahasa Inggeris. – AFP