Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Singapura kutuk letupan bom di Ankara

    SINGAPURA, 3 OKT – Singapura mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom berhampiran Kementerian Dalam Negeri Turkiye di Ankara yang mengakibatkan dua pegawai polis cedera, kata Kementerian Luar (MFA) republik itu.

    “Kami mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh,” menurut jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Menurut MFA ‘tiada laporan mengenai mana-mana rakyat Singapura yang terjejas oleh pengeboman itu’. Media antarabangsa melaporkan mengenai seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di hadapan Direktorat Jeneral Keselamatan di ibu negara itu pada 9:30 pagi waktu tempatan pada Ahad. Laporan itu menyebut dua pegawai polis mengalami kecederaan ringan, manakala seorang pengganas dibunuh oleh pasukan keselamatan di pintu masuk direktorat itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...