Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Singapura kutuk pengeboman balai polis di Bandung

SINGAPURA, 8 DIS – Singapura mengecam pengeboman di Balai Polis Astanaanyar di Bandung, Jawa Barat, kelmarin yang mengakibatkan kematian seorang anggota polis.

Menurut Kementerian Luar republik itu, setakat ini tiada laporan mengenai mana-mana rakyat Singapura yang terjejas oleh insiden berkenaan.

“Kami mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut laporan, pengebom bunuh diri telah meluru masuk ke dalam premis itu dengan senjata tajam sebelum letupan berlaku.

Kejadian itu turut mencederakan 10 orang termasuk seorang awam dan mayat suspek dilaporkan berkecai. – Bernama

Polis mengawal lokasi pengeboman bunuh diri di luar sebuah balai polis di Astanaanyar, Bandung, wilayah Jawa Barat pada 7 Disember. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -