Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura lafaz hukuman mati pertama secara maya

    SINGAPURA, 20 MEI – Singapura buat pertama kali melafazkan hukuman mati bagi kes jenayah menerusi perbicaraan terpencil pada 15 Mei, 2020 ketika republik itu berhadapan pandemik COVID-19.

    Kes itu membabitkan seorang lelaki Malaysia, Punithan Genasan, 37, yang menjadi perancang utama di sebalik pengedaran dadah jenis diamorphine seberat 28.50g – pada Oktober 2011 ke republik ini.

    “Seiring dengan langkah bagi meminimumkan merebaknya COVID-19, mahkamah telah menjalankan perbicaraan termasuk perbicaraan berhubung jenayah secara terpencil,” kata jurucakap Mahkamah Agung dalam satu kenyataan di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda