Singapura lancar Infrastruktur Asia

SINGAPURA, 23 Okt – Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat hari ini mengumumkan pelancaran Infrastruktur Asia pada Mesyuarat Meja Bulat Infrastruktur Asia-Singapura ke-8.

Infrastruktur Asia merupakan agensi kerajaan baharu yang diketuai oleh Perusahaan Singapura dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).

Ia akan digunakan sebagai jambatan untuk pemacu pelbagai perindustrian di seluruh ekosistem infrastruktur, pembangunan bank-bank pelbagai pihak dan sektor awam, menurut menteri dalam ucaptamanya.

Sementara itu, agensi baharu itu juga dijangkakan akan menjadi platform sehenti untuk pertukaran maklumat dan mengongsikan amalan yang terbaik di Asia, menurut Perusahaan Singapura.

Pengarah Eksekutif Infrastruktur Asia, Tan Keng Hwee berkata agensi tersebut akan bekerjasama rapat dengan sektor swasta, kerajaan, komersial dan pembangunan bank-bank pelbagai pihak bagi menyediakan penyelesaian untuk memenuhi keperluan dan kemahuan setiap pasaran tempatan.

Tan memberitahu Xinhua semasa acara tersebut, Singapura memiliki kelebihan yang khusus dan pengalaman dalam pelbagai bahagian projek infrastruktur dan jalan penyelesaiannya akan memberikan kepuasan kepada keperluan khusus beberapa buah negara Asia.

“Oleh itu, kita boleh membantu perusahaan-perusahaan China dalam projek yang berkaitan dengan Inisiatif Jalur dan Jalan,” katanya.

Menurutnya, Infrastruktur Asia akan mengalu-alukan perusahaan-perusahaan China untuk datang dan berpangkalan di Singapura, bekerjasama dengan agensi dan menggunakan platformnya untuk menerokai lebih banyak rangkaian kewangan untuk projek infrastruktur atau membuat pelaburan dalam projek tersebut.

Semasa mesyuarat meja bulat itu, Infrastruktur Asia telah menandatangani dua memorandum persefahaman bersama Kumpulan Bank Dunia dan Persekutuan Perniagaan Singapura. – Xinhua