Singapura lancar program AI perkukuh perkhidmatan kewangan

SINGAPURA, 8 NOV – Timbalan Perdana Menteri Singapura HengSweeKeat pada Isnin melancarkan Program Kecerdasan Buatan (AI) Nasional dalam Kewangan di Festival FinTech Singapura (SFF) dan Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura (SWITCH) 2021.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, program itu merupakan inisiatif bersama oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan Pejabat AI Nasional (NAIO) di Pejabat Negara Pintar dan Kerajaan Digital (SNDGO).

Ia bertujuan untuk membina keupayaan AI yang mendalam dalam sektor kewangan Singapura untuk mengukuhkan perkhidmatan pelanggan, pengurusan risiko dan daya saing perniagaan.

Heng dalam ucapan pembukaan di SFF dan SWITCH 2021 berkata, Program AI Nasional dalam Kewangan merangkumi NovA!, sebuah platform AI yang menyeluruh untuk industri yang berkaitan dengan risiko kewangan. – Bernama