SINGAPURA, 27 JULAI – Singapura telah melanjutkan visa lawatan jangka pendek bagi presiden Sri Lanka yang digulingkan, Gotabaya Rajapaksa, media setempat negara bandar itu melaporkan hari ini.
Rajapaksa melarikan diri dari negaranya pada 13 Julai, selepas kediaman rasminya diserbu oleh ribuan pembantah yang telah membuat tunjuk perasaan selama berbulan-bulan berikutan krisis ekonomi yang menyakitkan negara pulau itu.
Dia mula-mula melarikan diri ke Maldives menggunakan pesawat tentera dan pergi ke Singapura, di mana dia berada dengan pas lawatan jangka pendek sejak 14 Julai Pas lawatan 14 hari Rajapaksa telah dilanjutkan, membolehkannya terus berada di negara itu sehingga 11 Ogos, akbar Straits Times melaporkan hari ini, tanpa memetik sumber.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura memberitahu AFP bahawa ia tidak mempunyai komen lanjut selain kenyataan sebelumnya yang mengesahkan bahawa Rajapaksa dibenarkan mema-suki Singapura. – AFP