Singapura lapor 15 kes baharu COVID-19

SINGAPURA, 27 SEPT – Singapura dalam pengesahan awal melaporkan 15 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk lima kes import.

Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu semua kes import telah diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Dengan perkembangan terkini itu,  jumlah keseluruhan jangkitan ialah 57,700. – Bernama