Singapura longgarkan dasar monetari angkara virus

SINGAPURA, 30 MAC – Bank pusat Singapura melonggarkan dasar monetarinya hari ini ketika negara tersebut, yang dilihat sebagai saham pandu bagi kesihatan perdagangan global, berdepan kemelesetan teruk akibat pandemik koronavirus.

Langkah pelonggaran yang sama dibuat oleh negara-negara lain dan muncul selepas data minggu lalu menunjukkan kota itu mengalami pengecutan jelas pada suku pertama sejak krisis kewangan global.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ia telah menurunkan titik pertengahan jalur dasar kewangan yang mana dolar tempatan dibenarkan untuk bersaing dengan beberapa mata wang lain dari rakan-rakan perdagangan utamanya – akan melemahkan unit tempatan secara efektif.

Daripada sebaliknya menggunakan kadar faedah, Singapura yang ekonominya bergantung pada perdagangan menguruskan dasar monetarinya dengan membenarkan dolar tempatan meningkat atau jatuh daripada beberapa jenis mata wang daripada rakan perdagangannya.

“Ketidakpastian besar masih kekal. Pemulihan dalam ekonomi global akan bergantung pada laluan epidemiologi bagi pandemik dan keberkesanan respons dasar,” kata bank pusat.

MAS telah mengambil langkah awal mengeluarkan dasar kewangan itu walaupun ia sepatutnya dilakukan pertengahan April. – AFP

Gambar yang diambil pada 18 Februari 2020 menunjukkan para pengunjung menunggu bot persiaran di sepanjang sungai Singapura. Bank pusat Singapura telah melonggarkan dasar monetarinya pada 30 Mac. – AFP