Singapura mula percubaan klinikal

SINGAPURA, 10 JUN – Singapura akan memulakan Fasa 1 percubaan klinikal untuk menilai TY027, sejenis antibodi monoklonal (mAb) yang menyasar secara khusus SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19.

TY027 dihasilkan oleh Tychan, sebuah firma bioteknologi peringkat klinikal, dengan rakan kongsi keseluruhan kerajaan antaranya Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Lembaga Pembangunan Ekonomi dan agensi kerajaan yang lain.

Dengan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA), Tychan telah siap mengambil sukarelawan sihat dan akan memulakan pemberian ubat itu pada minggu hadapan.

TY027 digunakan untuk rawatan kepada pesakit COVID-19 bagi memberi perlindungan sementara terhadap jangkitan SARS-CoV-2.

Percubaan Fasa 1 ini, yang akan dikendalikan oleh SingHealth Investigational Medicine Unit, akan mengambil masa kira-kira enam minggu untuk dinilai akan keselamatannya, toleransi dan farmakokinetik TY027.

“Perkembangan yang pesat bagi memulihkan COVID-19 adalah sesuatu yang menghubungkan Tychan. Walaupun masih beberapa bulan lagi untuk mengetahui sama ada kita berjaya, kita berharap akan kejayaan dalam menghasilkan penawar terhadap Zika dan Demam Kuning.

”Kami masih terus dengan peringkat yang segera untuk penghasilan kerana kami sedar bahawa sehari boleh menyelamatkan hari yang penuh dengan kebimbangan,” kata pengerusi lembaga Tychan, Teo Ming Kian dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

Tychan menghasilkan TY027 menerusi penyelidikan yang rapi dan pantas termasuk penggunaan platform yang maju teknologinya dan pengalaman yang meluas dalam kejayaan membangunkan hasil untuk Zika dan Demam Kuning. – Bernama