Singapura pasang lebih 90,000 kamera bantu polis bertindak pantas

SINGAPURA, 25 JAN – Pihak berkuasa Singapura memasang lebih 90,000 kamera pemantauan digital di seluruh negara itu bagi membantu polis bertindak lebih pantas.

Menurut laporan Channel News Asia (CNA) ia juga bagi memastikan panggilan kecemasan ke talian 999 dapat ditangani secara lebih berkesan.

Sehubungan itu, antara tugas utama pegawai di Pusat kawalan Operasi Polis (PCC) setiap hari ialah mampu menjawab panggilan 999 dalam masa 10 saat, tetap tenang dan memahami maklumat diberikan.

CNA melaporkan polis di republik itu menerima sekurang-kurangnya 1.2 juta panggilan kecemasan atau 3,500 panggilan setiap hari. Namun 70 peratus daripadanya adalah panggilan palsu.

Pihak polis bagaimanapun, perlu membuat pertimbangan untuk membuat keputusan pantas dan cekap yang membawa kepada pemasangan kamera-kamera polis dan digunakan untuk memahami sesuatu situasi.

Ia memberikan mereka butiran jelas bagi POCC mengarahkan para pegawai di lapangan tentang apa yang harus dijangkakan, langkah-langkah perlu diambil sebelum mereka sendiri tiba di tempat kejadian.

Kamera-kamera tersebut mencatatkan peningkatan 20 peratus berbanding yang dipasang pada tahun lalu. – Agensi