Singapura rekod 768 kes baharu

SINGAPURA, 8 MEI – Singapura mengesahkan secara awal pertambahan 768 kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21,707 kes.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata 10 kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja. Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata ia sedang mengumpulkan maklumat mengenai kes-kes berkenaan yang akan dimaklumkan kemudian.

Singapura sedang dalam proses mengurangkan langkah ketat pemutus rantaian secara berperingkat bermula minggu ini. – Bernama