Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Singapura sahkan dua kes import varian Omicron

-

SINGAPURA, 7 DIS – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Isnin mengesahkan  varian Omicron dalam dua kes import pertama COVID-19, yang pada awalnya disyaki sebagai pembawa varian itu.

Dalam kemas kini harian mengenai COVID-19 malam tadi, MOH memaklumkan pengesahan itu disusuli keputusan penjujukan genom keseluruhan untuk kes berkenaan oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional republik itu.

“Kedua-dua pesakit sudah lengkap divaksin, dan mempunyai simptom ringan, batuk dan tekak gatal. Mereka diasingkan sebaik tiba di Singapura pada 1 Dis, dan tidak berinteraksi dengan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

MOH pada 2 Dis mengumumkan ia mengesan dua kes import COVID-19 yang dilabel sebagai Kes 271487 dan 271598 yang positif dalam ujian awal untuk varian itu. 

Kedua-dua kes itu tiba dari Johannesburg dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Dis.

Pada Ahad (5 Dis) MOH mengesan satu lagi kes import COVID-19 yang positif ujian awal untuk varian Omicron.

Kes itu berada dalam penerbangan yang sama dengan dua kes pertama. – Bernama

Penumpang melihat maklumat mengenai penerbangan mereka di dewan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura baru-baru ini. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -