Singapura sahkan kes koronavirus keempat

SINGAPURA, 26 JAN – Singapura mengesahkan kes import keempat jangkitan koronavirus Wuhan di republik itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam kenyataan berkata kes keempat yang disahkan itu melibatkan seorang lelaki warga China berumur 36 tahun dari Wuhan yang tiba bersama keluarganya di Singapura pada 22 Januari.

Beliau ketika ini dirawat di wad isolasi Sengkang General Hospital (SKH) dan keadaannya stabil, menurut kementerian itu.

Menurut MOH, beliau dilaporkan asimptomatik semasa penerbangan ke Singapura.

Dia juga mengalami batuk pada 23 Januari dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan SKH pada hari berikutnya, menurut kenyataan itu.

“Beliau kemudiannya disyaki dijangkiti virus itu dan segera diasingkan,” menurut kementerian itu. – Bernama