Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Singapura, Sarawak bekerjasama dalam penangkapan, penyimpanan karbon dan kredit karbon

    SINGAPURA, 25 OKT – Singapura dan Sarawak hari ini mengumumkan mereka akan bekerjasama demi kepentingan bersama dalam penangkapan dan penyimpanan karbon serta kredit karbon.

    Satu kumpulan kerja bersama akan ditubuhkan untuk bertukar-tukar dasar dan mengenal pasti projek yang berpotensi untuk dilaksanakan, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura.

    Kementerian itu menyatakan bahawa Menteri Keduanya, Dr Tan See Leng dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan pertemuan hari ini di luar acara Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW).

    “Singapura dan Sarawak gembira dengan hubungan di antara mereka yang telah lama terjalin,” kata Tan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

    “Kerjasama antarabangsa adalah penting untuk menggalakkan tindakan menangani iklim serantau dan global bagi mencapai matlamat dalam Perjanjian Paris,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...