Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura sediakan penempatan sementara bagi rakyat Malaysia

    KUALA LUMPUR, 20 MAC – Kerajaan Singapura telah menyediakan penempatan sementara untuk rakyat Malaysia yang bekerja di negara berkenaan di Jurong East Sports Complex, sementara majikan mereka mendapatkan kediaman yang sesuai.

    Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati terdapat rakyat Malaysia telah mendapatkan penempatan sementara di Jurong East Sports Complex tersebut.

    “Wisma Putra ambil maklum, susulan keputusan kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac, sebahagian rakyat tempatan yang bekerja di Singapura menghadapi kesulitan. Antara kesulitan yang dihadapi ialah tidak dapat berulang alik dari Johor untuk bekerja.

    “Selain itu, menurut laporan media yang tular semalam, rakyat Malaysia juga didakwa berdepan kesukaran untuk mendapatkan tempat penginapan. Sehingga ada antara mereka yang terpaksa bermalam di stesen MRT Singapura. Wisma Putra amat memandang serius laporan media ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda