Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Singapura tidak benarkan Ustaz Abdul Somad masuk

    SINGAPURA, 18 MEI – Seorang penceramah popular Indonesia tidak dibenarkan masuk ke Singapura berhubung pengajaran ekstremisnya, kata pegawai, mencetuskan kritikan daripada badan Islam tertinggi di tanah airnya.

    Majoriti etnik Singapura adalah Cina namun terdapat juga beberapa kumpulan minoriti, termasuk penganut Islam, dengan pihak berkuasa mengambil pendirian tegas ke atas sesiapa saja yang mereka percaya boleh mencetuskan ketegangan antara pelbagai komuniti.

    Abdul Somad Batubara tiba di Singapura pada Isnin bersama enam rakan menggunakan feri dari pulau Batam, Indonesia. Namun kumpulan itu tidak dibenarkan masuk selepas pegawai menyoal siasat Somad dan menghantarnya pulang ke Batam pada hari sama.

    “Somad terkenal menyampaikan pengajaran ekstremis dan pendukung dasar pemisahan, yang tidak dapat diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura,” kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

    Kementerian itu berkata, beliau memberi ceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dikira sebagai ‘syahid’ dan merujuk orang bukan Islam sebagai kafir.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...