Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Singapura ubah dasar pekerja asing mula 1 September

    SINGAPURA, 18 FEB – Singapura sedang menyelaraskan dasar pekerja asingnya yang antara lain akan menetapkan kelayakan gaji minimum untuk pemegang pas Kebenaran Pekerja (EP), dinaikkan daripada S$4,500 kepada S$5,000.

    Republik itu akan memastikan kualiti pemegang EP adalah setanding dengan kualiti satu pertiga teratas daripada tenaga kerja profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik (PMET) tempatannya.

    Sektor Perkhidmatan Kewangan pula akan terus menyaksikan gaji kelayakan minimum EP lebih tinggi, yang akan dinaikkan daripada S$5,000 kepada S$5,500.

    Perubahan itu akan terlaksana pada permohonan pas EP baharu mulai 1 September 2022 dan bagi pembaharuan permohonan mulai 1 Sept 2023.

    Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan republik itu Lawrence Wong yang membentangkan Penyata Belanjawan Kerajaan Singapura bagi Tahun Kewangan 2022 di parlimen di sini, hari ini.

    “Pemegang EP harus menjadi profesional dan eksekutif kanan yang boleh menyumbang kepada ekonomi kita, meningkatkan kemahiran pekerja yang bekerja dengan mereka, dan memantapkan tenaga kerja kita,” katanya. – Bernama

    Seorang lelaki merakamkan gambar matahari terbenam di ibu kota Singapura. Pada pembentangan belanjawan negara itu, ia mengubah dasar pekerja asing dengan menaikkan kadar gaji bagi pekerja asing. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...