Singapura umum langkah lebih tegas

SINGAPURA, 25 MAC – Singapura hari ini melaporkan 49 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 558 kes, menurut Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan, Profesor Madya Kenneth Mak.

Pada sidang media pelbagai pasukan petugas bagi COVID-19 di sini hari ini, Mak berkata daripada jumlah itu, 32 adalah kes dari luar melibatkan 25 warga Singapura yang kembali ke negara itu.

Beliau berkata sekurang-kurangnya 14 daripada kes itu mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom, dan lima telah ke Amerika Syarikat.

Pasukan Petugas juga mengumumkan beberapa langkah yang lebih tegas untuk meminimumkan penularan wabak COVID-19 di republik itu. Antaranya, pemegang pas kerja atau tanggungan mereka yang meninggalkan Singapura mulai 27 Mac, 2020 tidak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan kebenaran masuk. – Bernama