Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura umum pakej bantuan individu, syarikat

    SINGAPURA, 18 FEB – Singapura baru-baru ini melancarkan pakej bantuan untuk individu, termasuk rebat untuk bil utiliti bagi membantu meringankan kos sara hidup yang tinggi di negara kota itu.

    Pengumuman itu dibuat semasa pembentangan penyata belanjawan negara 2024 menjelang pilihan raya umum yang dijadualkan tahun depan.

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong membentangkan bajet tersebut di parlimen yang memperuntukkan SG$3.2 bilion (AS$2.4 bilion) untuk menyokong isi rumah dan syarikat yang bergelut dengan inflasi.

    Rebat cukai pendapatan peribadi sebanyak 50 peratus dihadkan pada SG$200 untuk cukai tahun lepas akan diberikan, manakala keluarga juga akan menerima wang tunai dan rebat untuk bil utiliti mereka.

    “Ini adalah cara konkrit untuk membantu rakyat Singapura menangani tekanan kos sara hidup,” kata Wong, yang dijangka menggantikan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong sebelum pilihan raya umum yang dijadualkan menjelang November 2025.

    Syarikat juga akan menikmati 50 peratus rebat cukai pendapatan korporat, dihadkan pada SG$40,000, sebagai sebahagian daripada pakej untuk membantu perniagaan.

    “Banyak syarikat telah melihat peningkatan dalam bil gaji, sewa dan utiliti mereka,” kata Wong. – AFP

    Sebuah bot belayar di depan kapal kontena yang berlabuh di terminal Pasir Panjang di Singapura pada 16 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda