Singh tarik diri

SAN FRANCISCO, 4 OGOS – Pemain kelahiran Fiji, Vijay Singh, juara tiga kali kejohanan utama, telah menarik diri dari kejohanan PGA minggu ini disebabkan oleh kecederaan, memberikan ruang untuk pemain Argentina, Emiliano Grillo untuk dimasukkan ke dalam kejohanan.

Kejohanan PGA, kejohanan utama tahun ini, yang bermula pada Khamis di TPC Harding Park di San Francisco dan dilangsungkan tanpa kehadiran peminat disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Singh pernah memenangi Kejohanan PGA pada 1998 dan 2004 dan Masters 2000. Ini merupakan permulaan karier utamanya yang ke-97.

PGA telah dipindahkan dari Mei kepada Ogos sementara Terbuka British telah dibatalkan, sementara Terbuka AS telah ditukar dari bulan Jun ke September dan Kejohanan Masters akan dilangsungkan pada bulan Novermber. – AFP