Tuesday, December 3, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singkir bau hapak dengan haruman lavender

    SETENTUNYA ramai yang berdepan dengan masalah bau hapak terutama pakaian dijemur tidak kering dengan sempurna kerana hujan.

    Malah, bau kurang menyenangkan pada kusyen, langsir, permaidani dan sofa memang agak merungsingkan.

    Anda sebagai tuan rumah pasti mendapat malu jika tetamu yang berkunjung ke rumah mengadu terhidu kurang menyenangkan pada sofa sebaik melabuhkan punggung di tempat duduk berkenaan.

    Ada juga situasi tetamu mendakwa permaidani anda berbau muntah dan makanan basi.

    Bagi mengatasi masalah fabrik dalam rumah berbau tidak enak, pewangi fabrik dengan bauan lavender setentunya dapat memberikan suasana segar.

    Aroma lavender dikatakan dapat menyingkirkan bau hapak dan menerbitkan suasana segar.

    Ia dapat memberikan aroma yang segar dan harum apabila disembur ke permukaan pelbagai jenis fabrik.

    Menggunakan haruman semula jadi bunga lavender memang diketahui sejak dahulu lagi mempunyai banyak manfaat sebagai pewangi badan, aroma terapi dan pengharum ruangan serta penyegar pakaian.

    Malah pewangi itu sesuai untuk kegunaan di rumah, pejabat dan dalam kenderaan.

    Pewangi berkenaan turut boleh disembur pada tudung atau pakaian ketika diseterika atau semburan ke dalam kasut bagi menghilangkan bau busuk atau mengatasi masalah bau asap rokok yang melekat pada fabric.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda