Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Single Adele meledak

    Easy On Me iaitu single baharu penyanyi, Adele, 33, yang dinantikan-nantikan peminat di seluruh dunia, meledak sebaik dilancarkan di platform digital sejak jam 8 pagi waktu tempatan, tadi.

    Kali terakhir muncul dengan album 25, kira-kira enam tahun lalu, Adele membuai emosi peminat dengan single berentak perlahan, Easy On Me yang digarap berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.

    Tinjauan di YouTube mendapat, video muzik Easy On Me meraih lebih 8.5 juta tontonan selepas dimuat naik kira-kira lima jam lalu.

    Laman Twitter pula menyebut Easy On Me menduduki tangga pertama di carta iTunes Amerika Syarikat (AS).

    Ini membuktikan pemenang Grammy sebanyak 15 kali itu terus mencipta sejarahnya tersendiri.

    Adele mengaku album 30 dirakam bagi memberi penjelasan kepada anaknya, Angelo mengenai keputusannya berpisah dengan bekas suami. – Agensi

    Easy On Me, lagu balada yang penuh emosional itu adalah gambaran pertama terhadap album yang berkisarkan kehidupan Adele selepas melalui episod perceraian pada 2019.

    Seperti album terdahulu yang menggunakan usianya pada fasa tertentu iaitu 19, 21 dan 25 sebagai judul bingkisan, kali ini Adele tampil dengan angka 30.

    Difahamkan, 30 adalah usia Adele berkahwin dengan bekas suaminya, Simon Konecki sebelum memutuskan berpisah.

    Melalui temu bual bersama majalah Vogue, Adele dilaporkan berkata, 30 dirakamkan bagi memberi penjelasan kepada anaknya yang berusia sembilan tahun, Angelo mengenai keputusannya untuk berpisah dengan bekas suami.

    “Saya mahu menjelaskan kepada Angelo melalui album ini.

    Apabila dia berusia 20-an atau 30-an, siapa diri saya dan mengapa saya secara sukarela memilih merombak seluruh kehidupannya untuk mengejar kebahagiaan saya sendiri.

    “Ini kadang-kadang membuatkan dia tidak gembira. Ia adalah luka yang nyata bagi saya, sehingga saya tidak tahu apakah saya akan sembuh,” katanya.

    Sementara itu, menerusi ciapan di Twitter, Adele mengumumkan bahawa album 30 yang dinanti-nantikan peminat akan dilancarkan pada 19 November depan. “30 – November 19,” tulisnya ringkas. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...