Singles’ Day: Alibaba catat keuntungan AS$84.5 bilion

SHANGHAI, 12 NOV – Syarikat gergasi perdagangan China, Alibaba mencatatkan penjualan rekod semasa jualan besar-besaran Singles’ Day, sekali gus meningkatkan pendapatan firma tersebut selepas mengharungi tahun yang sukar di mana serbuan oleh kerajaan telah menjejaskan sektor teknologi negara tersebut.

Syarikat tersebut berkata AS$84.5 bilion dibelanjakan ketika pelanggan membuat pembelian, meskipun kempen jualan yang tidak seberapa berikutan tekanan daripada kerajaan untuk memperlahankan promosi agresif dan pembelian barangan tidak terkawal.

Jualan terkumpul dengan pesaing industri, JD.com dicatat pada kadar AS$139.4 bilion – bersamaan dengan KDNK bagi kebanyakan negara – yang turut memecah rekod dan meningkat kira-kira satu perlima daripada tahun lalu.

Syarikat Alibaba dan JD.com melaporkan penjualan kukuh bagi barangan seperti peralatan elektronik, barangan haiwan peliharaan dan kosmetik serta barangan penjagaan peribadi lainnya.

Saham JD.com meningkat lebih empat peratus di Hong Kong hari ini, meskipun Alibaba merekodkan penurunan lebih daripada satu peratus.

Kakitangan memuatkan barangan ke dalam trak di gedung yang terletak di Beijing. Alibaba mencatatkan penjualan rekod sebanyak AS$84.5 bilion semasa jualan besar-besaran Singles Day.- AP

‘Singles’ Day’ – atau lebih dikenali sebagai tarikh 11.11 – bermula lebih satu dekad yang lalu dan selama bertahun-tahun ia menjadi acara yang dilangsungkan sehari, 24 jam pada 11 November.

Namun pemain-pemain industri melebarkannya baru-baru ini dengan mengadakan promosi tambahan dari 1 hingga 11 November, dengan banyak penjual dan platform menawarkan potongan harga sebelum jualan lebih awal.

Pesta membeli belah itu lebih kurang sama dengan ‘Black Friday’ di Amerika Syarikat dan menjadi tarikan pelanggan di negara kedua terbesar ekonomi dunia tersebut.

Kebimbangan mengenai syarikat gergasi besar yang semakin berkuasa dan mendominasi pasaran, kerajaan secara dramatik tahun ini melaksanakan peraturan ketat.

Kempen tersebut menjejaskan pelabur, yang mengalami kerugian berbilion dolar dalam pasaran Alibaba p yang menyaksikan pasaran saham mereka menurun kira-kira 30 peratus tahun lalu – sama seperti JD, Tencent dan syarikat lain.- AFP