Singles’ Day di China cecah AS$12 bilion

SHANGHAI, 11 NOV – Pelanggan China membelanjakan berbilion dolar pada waktu pembukaan ‘Singles Day’ tahunan negara itu hari ini, salah satu acara membeli-belah yang terbesar dalam tempoh 24 jam yang diasaskan oleh bintang Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift.

Menurut Alizila, portal berita dalam talian kumpulan Alibaba, jualan bagi portal e-dagang itu telah mencecah AS$12.01 bilion dalam jam pertama tahun ini – hampir 40 peratus daripada jumlah jualan pada 11.11 tahun lepas.

Jumlah dagangan kasar menerusi platform pembayarannya Alipay mencecah 100 bilion yuan (AS$14.3 bilion) dalam masa 63 minit dan 59 saat – 43 minit menjelang tahun lepas.

Promosi itu, yang kini memasuki tahun ke-11, bermula awal dengan pelanggan membuat pembelian dari produk elektronik sehingga kepada pakaian dan peralatan rumah melalui Alibaba dan platform lainnya.

Acara itu dianggap sebagai pengukur sentimen pengguna yang penting dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

China berada di tengah-tengah kelembapan jangka panjang, yang semakin diburukkan lagi oleh perang perdagangan dengan Amerika Syarikat, tetapi jualan runcit kekal menjana pendapatan seimbang.

‘Singles Day’, yang juga dikenali sebagai ‘11.11’, di mana Alibaba memulakan acara itu dengan persembahan gala yang menakjubkan di Shanghai, yang dipersembahkan tahun ini oleh bintang pemenang Grammy AS, Swift, sebagai permulaan bagi para pelanggan untuk membeli-belah pada tengah malam.

Jumlah pembelian dalam tempoh 24 jam tahun lepas adalah AS$30.7 bilion, satu lagi rekod yang dicatatkan untuk Alibaba, tetapi kadar pertumbuhan perlahan dari tahun-tahun sebelumnya. – AFP