Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner mara suku akhir ATP Final

    TURIN, 15 NOV – Jannik Sinner muncul pemain pertama Itali mara ke suku akhir ATP Final kelmarin selepas menewaskan Novak Djokovic 7-5, 6-7 (5/7), 7-6 (7/2) dalam aksi penuh mendebarkan.

    Pemain nombor empat dunia, Sinner melakarkan kemenangan straight set di hadapan penyokong tuan rumah yang memberikan sokongan di Turin ke atas Djokovic untuk menjamin tempat dalam Kumpulan Hijau dengan baki satu perlawanan.

    Persembahan hebat daripada pemain berusia 22 tahun itu memberikannya kemenangan pertama dalam empat pertemuan ke atas Djokovic, yang berusaha untuk menang buat kali ketujuh di kejohanan akhir tahun itu.

    “Ia amat bermakna bagi saya,” kata Sinner di gelanggang.

    “Apabila awda menang menentang pemain nombor satu dunia yang telah memenangi 24 Grand Slam, ia jelas sesuatu yang istimewa.”

    Peminat memberikan sorakan yang padu kepada Sinner, melaungkan namanya sebaik sahaja dia meraih kemenangan dalam perlawanan menarik yang berlangsung selama tiga jam selepas tengah malam di Pala Alpitour.

    Sinner telah melalui tahun terbaik dalam kariernya dan kelihatan memenuhi janji yang telah ama diimpikannya, memenangi empat gelaran musim ini termasuk di Masters 1000 di Toronto dan dilihat berada pada prestasi terbaiknya di Itali.

    Dia mencatat kejayaan pertama apabila memanfaatkan kelemahan Djokovic dalam permainan 11 dengan kesilapan berganda, mendahului 6-5 di dengan pukulan kilas sebelum merebut set dengan pukulan servis.

    Djokovic menyamakan kedudukan selepas set kedua yang mencemaskan di mana tidak ada pemain yang menghadapi satu-satunya mata penamat, tetapi selepas bangkit daripada kedudukan 4-2 dalam pusingan penentu, beliau gagal dalam pematah seri dan mengakhiri rentetan kemenangannya pada 20 perlawanan. – AFP

    Sinner meraikan kemenangan semasa perlawanan format round-robin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda