Sinner sambut ulang tahun dengan kemenangan bergaya

CINCINNATI, 17 OGOS – Jannik Sinner meraikan ulang tahun ke-20 kelmarin dengan kemenangan di Kejohanan Cincinnati Masters ATP-WTA.

Pemain muda itu mara ke pusingan kedua selepas perlawanan ditangguhkan akibat hujan bagi memulakan pertemuan menentang pemain berusia 34 tahun, Fabio Fognini, yang memulakan perlawanan dengan baik.

Sinner memadam memori pahit kekalahan pusingan pertama minggu lalu di Toronto apabila dia disingkirkan dalam perlawanan pembukaan oleh pemain Australia, James Duckworth.

Pemain ranking ke-15 itu beraksi dengan baik di Cincinnati selepas menewaskan pemain Argentina, Federico Delbonis, 6-2, 7-5. Fognini turut melakar kemenangan 7-6, (7/3), 6-3 ke atas Nikoloz Basilashvili dari Georgia dalam pertemuan kali pertama.

“Saya memberikan yang terbaik,” kata Sinner. “Saya bermain dan memenangi perlawanan pada hari ulang tahun saya di kejohanan utama.”

Aksi Jannik Sinner semasa bermain di Kejohanan Cincinnati Masters menentang Federico Delbonis dari Argentina. – AFP

Sementara itu, Domimik Koepfer mencatat kemenangan dalam pertemuan pertama selepas menewaskan rakan senegara, Jan-Lennard Struff, 7-6 (7/2), 5-7, 6-3.

Dalam pertemuan kategori wanita, finalis Roland Garros, Barbora Krejcikova membuat penampilan dalam acara perseorangan di Midwest dan berjaya menewaskan lawan dari Rusia, Daria Kasatkina, 6-3, 6-2.

Manakala pemain Switzerland, Jil Teighmann mengalahkan pemain dari Romania, Sorana Cirstea yang tewas hanya dua perlawanan.

Bekas pemenang Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko mara setelah menewaskan Tamara Zidansek 7-5, 6-1.

Sementara itu, Stefanos Tsitsipas tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melainkan pegawai tenis bertindak menjadikannya mandatori.

“Tiada sesiapa perlu menjadikannya mandatori untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

“Pada satu peringkat, saya pasti akan mendapatkannya. Tetapi buat masa sekarang tidak dijadikan mandatori untuk bersaing, jadi saya belum menerima vaksin,” tambahnya.- AFP