Sinner tampil juara di Antwerp

ANTWERP, BELGIUM, 25 OKT – Jannik Sinner memaksa diri menyertai persaingan untuk merebut tempat dalam Masters penutup musim dengan menewaskan Diego Schwartzman 6-2, 6-2 dalam perlawanan peringkat akhir ATP Antwerp kelmarin.

Pemain Itali berusia 20 tahun itu merupakan pilihan utama dan menewaskan pemain pilihan kedua dari Argentina itu dalam masa sejam, 16 minit untuk merangkul kejohanan keempat musim ini.

Sinner tidak melepaskan satu set pun dalam perlawanan itu dan tidak menunjukkan ihsan sehingga ke akhirnya.

Servisnya sangat sempurna dan dia menewaskan Schwartzman dua kali dalam setiap set.

Sinner mara ke kejohanan itu pada rangking ke-13 dan ke-11 dalam persaingan ke Masters akhir tahun, acara lapan pemain di Turin pada 14-21 November.

Dia akan naik ke rangking ke-11 dalam kedudukan ATP selepas kemenangannya tetapi ke-10 dalam Masters, berkemungkinan ke-9 kerana Rafael Nadal sudah menamatkan musimnya.

Sinner memenangi Next Gen Masters untuk pemain bawah 22 tahun dan dijamin tempat dalam kejohanan tersebut, di Milan pada 9-13 November.

Dia akan bermain dalam acara ATP di Vienna minggu depan dan Masters Paris bermula pada 1 November.

Kemenangannya meneruskan prestasi hebatnya di peringkat akhir. Ini merupakan yang keenam dalam kerjayanya dan dia hanya tewas sekali, kepada Hubert Hurkacz di Miami pada April lalu. Semenjak Januari, dia telah menang di Washington, Melbourne dan Sofia. – AFP

Reakis pemain tenis Itali, Jannik Sinner meraikan kemenangannya dalam perlawanan peringkat akhir Terbuka Eropah menentang pemain tenis Argentina, Diego Schwartzman di Antwerp kelmarin. – AFP