Siri ZenFone 4

DI Taiwan, Asus juga telah melancarkan siri baru ZenFone 4 dengan empat model terbaru iaitu ZenFone 4 Selfie dan Selfie Pro yang telah didedahkan sebelumnya, ZenFone 4 dan ZenFone 4 (gambar) Pro yang baru diperkenalkan.

Sementara keluarga ZenFone 4 Selfie menampilkan dua kamera depan, keluarga ZenFone 4 pula mengetengahkan dua kamera belakang.

Tiga daripada empat peranti berkenaan dikuasakan SoC peringkat pertengahan dengan ZenFone 4 Pro sebagai model kemegahan, dikuasakan SoC Snapdragon 835. Keempat-empat model menggunakan Android 7.1.1 Nougat dengan antara mua ZenUI 4.0.

Tiga daripada empat telefon pintar berkenaan dikuasakan dengan SoC peringkat pertengahan dengan ZenFone 4 Pro sebagai model kemegahan, dikuasakan SoC Snapdragon 835. Keempat-empat model menggunakan Android 7.1.1 Nougat dengan antara muka ZenUI 4.0.

Seperti yang telah disebutkan, siri ZenFone 4 baru ini dibahagikan kepada dua model iaitu Asus ZenFone 4 (ZE554KL) dan Asus ZenFone Pro (ZS551KL). Kedua-dua peranti dua SIM (Nano) berkenaan mempunyai rekaan unibody aluminium.

Kedua-duanya juga menonjolkan pengimbas cap jari pada punat utama dan rekaan dua pembesar suara.

Selain itu, kedua-duanya juga mempunyai kamera utama belakang yang sama, dengan sensor imej ‘dual pixel’ Sony IMX362 12MP bersaiz 1/2.55 inci dan menonjolkan 1.4-micron piksel. Kamera ini dilengkapi sensor PDAF, OIS, EIS, dan RGB. Model pro mempunyai laser autofokus dan autofokus berterusan sebagai tambahan.

Kamera kedua belakang pula berbeza, dengan ZenFone 4 didatangkan dengan lensa sudur lebar 120 darjah dan sensor 8MP, manakala itu, ZenFone 4 dengan lensa zum optik 2x dan sensor Sony IMX351 16MP.

Di depan, ZenFone 4 dilengkapi kamera 8MP dengan apertur f/2.0 dan lensa sudut lebar 84 darjah, sementara itu, ZenFone 4 Pro menampilkan kamera 18MP dengan sensor Sony IMX319 dan apertur f/1.9 serta lensa sudut lebar 87.4 darjah.

ZenFone 4 terdapat dalam dua varian pemproses dan RAM, iaitu SoC Snapdragon 660 dengan RAM 4GB dan SoC Snapdragon 630 dengan RAM 6GB. Kedua-dua varian didatangkan dengan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 2TB) dalam konfigurasi dua SIM hibrid.

ZenFone 4 Pro pula didatangkan dalam dua varian storan iaitu 64GB dan 128GB, yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD, kedua-duanya dengan RAM 6GB dan dipadankan dengan SoC Snapdragon 820. ZenFone 4 disokong bateri 3300mAh dan ZenFone 4 Pro mempunyai bateri 3600mAh.

Pilihan sambungannya termasuk 4G VoLTE, Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11ac, NFC, USB Type-C, FM radio dan jek audio 3.5mm. Sensor pada kedua-dua model ZenFone 4 termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, kompas digital, giroskop dan sensor kedekatan.