Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sisa candu ditemui dalam bekas tembikar

    YEHUD, ISRAEL 21 SEPT – Ahli arkeo-logi Israel berkata semalam mereka telah menemui sisa-sisa candu dalam barangan tembikar berusia 3,500 tahun, sekali gus memberikan bukti untuk menyokong teori bahawa dadah telah digunakan dalam ritual pengebumian zaman kuno.

    Siasatan bersama yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel dan Institut Sains Weizmann bermula pada 2012 apabila kerja menggali di tengah bandar Israel Yehud mendedahkan beberapa kubur Zaman Gangsa.

    Penyelidik menemui bekas tembikar di tapak yang menyerupai bunga popi – di mana candu diperoleh – wujud sejak abad ke-14. Mereka seterusnya mengkaji sama ada bekas berkenaan telah digunakan sebagai alat untuk dadah, yang dicadangkan oleh laporan awal bahawa ia digunakan dalam ritual pengebumian di Canaan, dan mendapati ‘sisa-sisa candu dalam lapan bekas’, kata penyelidik dalam satu kenyataan.

    Bekas berkenaan kemungkinan besar ‘diletakkan dalam kubur untuk upa-cara pengebumian untuk ahli keluarga yang sudah meninggal,’ kata Ron Be’eri, pakar arkeologi dengan pihak berkuasa antikuiti.

    Namun beliau mengakui banyak yang tidak diketahui mengenai penggunaannya pada zaman purbakala. ”Kami hanya meramalkan apa yang dilakukan dengan candu,” katanya. – AFP

    Gambar diambil pada 20 September menunjukkan beberapa bekas tembikar yang dipercayai mengandungi candu pada abad ke-14, ditemui di tapak pengebumian Tel Yehud. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...