Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sisa perubatan COVID-19 boleh jadi ancaman – WHO

    GENEVA, 1 FEB – Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) memberi amaran hari ini bahawa sejumlah besar sisa yang dihasilkan dalam menangani pandemik COVID-19 menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

    Puluhan ribu tan sisa perubatan tambahan telah memberi tekanan besar pada sistem pengurusan sisa penjagaan kesihatan, kata WHO dalam satu laporan.

    Sisa tambahan itu “mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar dan mendedahkan keperluan yang amat penting untuk menambah baik amalan pengurusan sisa”, kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Ketika negara-negara berebut untuk mendapatkan peralatan pelindung diri (PPE) untuk menangani krisis, kurang memberi perhatian untuk melupuskan sisa penjagaan kesihatan COVID-19 dengan selamat dan mampan, kata WHO.

    Laporan itu melihat 1.5 bilion unit, kira-kira 87,000 tan PPE yang diperoleh antara Mac 2020 dan November 2021, dan dihantar ke negara-negara melalui sistem PBB, sebahagian kecil daripada jumlah global.

    Kebanyakan peralatan ini mungkin berakhir sebagai sisa, kata WHO.

    “Adalah amat penting untuk menyediakan pekerja kesihatan dengan PPE yang betul. Tetapi ia juga penting untuk memastikan ia boleh digunakan dengan selamat tanpa memberi kesan kepada alam sekitar,” kata pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan.

    Tambahan pula, lebih 140 juta kit ujian telah diagihkan, dengan potensi untuk menjana 2,600 tan terutamanya plastik, sisi tidak berjangkit dan 731,000 liter sisa kimia.

    Lebih kurang 97 peratus sisa plastik daripada ujian dibakar, menurut laporan itu. Sebanyak lapan bilion dos vaksinasi COVID-19 pertama yang ditadbir secara global menghasilkan 144,000 tan sisa tambahan seperi picagari, jarum dan kotak keselamatan.

    WHO tidak mengesyorkan menggunakan sarung tangan untuk suntikan vaksin tetapi laporan itu berkata ia telah menjadi amalan biasa.

    Sarung tangan, dari segi jumlah, merupakan bahagian terbesar sisa PPE daripada yang diperoleh oleh PBB, menurut laporan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...