PARIS, 3 JUN – Dunia yang terjejas teruk oleh pencemaran plastik kini bakal menyaksikan kadar penggunaan plastik meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh kurang daripada empat dekad, menurut penemuan yang dikeluarkan kelmarin.
Pengeluaran tahunan plastik berasaskan bahan api fosil dijangka melebihi 1.2 bilion tan menjelang 2060 dan sisa buangan pula melebihi satu bilion tan, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Walaupun dengan langkah agresif bagi mengurangkan permintaan dan meningkatkan kecekapan, pengeluaran plastik akan mencecah hampir dua kali ganda dalam masa kurang daripada 40 tahun, menurut pertubuhan 38 negara itu dalam satu laporan.
Dasar yang diselaraskan secara global sedemikian, walau bagaimanapun, boleh meningkatkan bahagian sisa plastik masa depan yang dikitar semula daripada 12 kepada 40 peratus.
Timbulnya kebimbangan antarabangsa mengenai jumlah dan kewujudan pencemaran plastik di semua tempat serta kesannya. Meresapi ke kawasan paling terpencil di planet ini, mikroplastik telah ditemui di dalam ikan di ceruk paling dalam lautan di dalam laut Artik. Sisa-sisa berkenaan dianggarkan menyebabkan kematian lebih daripada satu juta burung laut dan lebih 100,000 mamalia marin pada setiap tahun.
Berikutan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan satu proses untuk membangunkan perjanjian antarabangsa untuk mengehadkan pencemaran plastik pada awal tahun ini. – AFP
