Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sisik tenggiling bernilai 9.2 juta ringgit dirampas

    KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mei – Pihak berkuasa Malaysia berkata hari ini mereka telah merampas sisik tenggiling bernilai 9.2 juta ringgit dan dipercayai telah diseludup dari Afrika.

    Penolong pengarah kastam Paddy Abdul Halim berkata pegawai membuat dua rampasan pada minggu lalu di gudang kargo lapangan terbang Kuala Lumpur berdasarkan satu maklumat.

    Pada 2 Mei, pegawai merampas lapan beg sisik tenggiling seberat 408 kilogram yang diterbangkan dari Ghana dan transit di Dubai sebelum tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur pada 1 Mei. Dua hari kemudian, mereka menemui satu lagi beg seberat 304 kilogram yang berasal dari Kinshaha, Congo, diterbangkan ke Nairobi di Kenya dan transit di Dubai sebelum tiba di Malaysia pada 2 Mei.

    Konsainan berkenaan diisytiharkan sebagai produk am dan herba kering, dengan destinasi akhir palsu, kata beliau.

    Tidak ada tangkapan yang dilakukan. Paddy berkata kes tersebut sedang disiasat kerana menyeludup barangan larangan.

    Lapan spesis tenggiling tinggal di Asia dan Afrika dan menjadi sasaran atas sisik dan daging mereka. Lebih daripada 1 juta tenggiling telah diburu sejak satu dekad lalu, sekali gus menyebabkan haiwan tersebut diancam kepupusan, menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda