Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Sistem bayaran digital Indonesia, S’pura dilaksana sepenuhnya tahun depan

    JAKARTA, 31 OGOS – Sistem pembayaran melalui Kod Respons Pantas Antarabangsa Standard Indonesia (QRIS) ke Singapura secara bersepadu akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 2023, menurut Bank Indonesia, kelmarin.

    Menurut laporan Xinhua, sistem pembayaran itu memudahkan pengguna melakukan transaksi runcit dengan pantas, selamat dan cekap dengan mengimbas QRIS Indonesia atau QR NETS Singapura.

    “Dengan sistem pembayaran bersepadu antara kedua-dua negara, rakyat di Indonesia boleh menggunakan sistem pembayaran digital mereka ketika melakukan transaksi kewangan di Singapura dan sebaliknya,” kata Ketua Jabatan Dasar Sistem Pembayaran Bank Indonesia Filianingsih Hendarta kepada wartawan.

    Hendarta berkata langkah itu akan memperkasakan individu dan perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana untuk menjalankan perdagangan rentas sempadan, e-dagang dan aktiviti kewangan lain dengan cekap, dan membantu pertumbuhan sektor pelancongan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...