Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sistem cukai jalan digital sedang dimantapkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi kini sedang memantapkan Sistem Cukai Jalan Digital sebelum ia diperkenalkan semula.

    Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha menjelaskan, jika merujuk kepada apa yang dilaksanakan di negara jiran dari segi perundangan, sama juga seperti negara ini, dari segi perundangan ia masih lagi diperlukan akan tetapi ia tidak dikuatkuasakan.

    “Itulah aturan yang juga telah kita gunakan semasa pandemik COVID sebelumnya, yang mana perundangan masih memerlukannya akan tetapi ia tidak dikuatkuasakan.

    “Oleh yang demikian, the way forward adalah untuk menyelaraskan daripada segi perundangan, teknologi dan juga apakah tujuan asal kita memperkenalkan cukai jalan dengan ciri-ciri keselamatan tersebut,” jelas beliau semasa menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aluddin pada perbahasan MMN di Bangunan Dewan Majlis, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...