Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Sistem dalam talian Labuan FSA terjejas

    LABUAN, 18 MEI – Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), badan kawal selia bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Malaysia (IBFC) Labuan mengalami insiden keselamatan siber yang telah menjejaskan sistem dalam taliannya.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Labuan FSA hari ini, agensi di bawah Kementerian Kewangan (MoF) itu telah mengambil langkah segera bagi melindungi sistemnya daripada diakses tanpa kebenaran dan memaklumkan pihak berkuasa berkaitan selain mengenal pasti kesan daripada insiden itu ke atas sistem berkenaan.

    Ia juga telah melibatkan Mandiant, pakar keselamatan siber global terkemuka yang bekerja 24 jam dengan pasukan teknologi komunikasi maklumat dan vendor aplikasinya bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden keselamatan siber itu.

    “Sebagai langkah keselamatan, buat sementara kami telah menghentikan operasi tertentu bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko selanjutnya, namun meneruskan operasi bagi menyokong pelanggan kami yang mengalami gangguan minimum,” menurut kenyataan itu sambil menambah maklumat terkini mengenai situasi itu akan diberikan dari semasa ke semasa. – Bernama

    Insiden keselamatan siber yang dialami oleh Labuan FSA telah menjejaskan sistem dalam taliannya. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...