SANDAKAN, 8 FEB – Kerosakan pada sistem kawalan pintu yang menyebabkan air masin dari Sungai Segaliud mengalir masuk Empangan Betotan dekat sini, dijadual dibaiki pada bulan depan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Shahelmey Yahya.
Menteri Kerja Raya negeri itu berkata alat gantian bagi sistem kawalan pintu itu dijangka tiba dari India bulan depan dan kerja pembaikan akan dilaksanakan segera bagi memastikan pengguna, khususnya di Sandakan tidak lagi dibelenggu dengan kualiti air yang dikatakan mempunyai rasa masin sejak Oktober lepas.
“(Kawasan) pintu Sungai Segaliud itu juga digunakan nelayan kampung untuk keluar dan masuk untuk melakukan aktiviti mata pencarian mereka turut menyumbang kepada pengaliran air masin masuk ke dalam kawasan pengambilan air bagi Loji Rawatan Air Segaliud. – Bernama
