Sistem kepercayaan

(SIRI AKHIR)

SISTEM kepercayaan dapat diibaratkan umpama sistem perisian komputer. Setiap perisian berfungis menyelesaikan tugas-tugas tertentu seperti grafik, menaip, melayari internet, multimedia, penyata kira-kira, reka bentuk bangunan, membuat animasi, menyunting video dan pelbagai lagi. Setiap tugas dilaksanakan oleh program yang berbeza.

Sistem kepercayaan umpama sistem perisian komputer

Fungsi dan peranan komputer banyak dipengaruhi oleh jenis program yang ada di dalam komputer itu. Sekiranya komputer itu mengandungi banyak program yang berfaedah, maka banyak juga manfaat dan fungsi komputer itu. Sebaliknya, sekiranya komputer itu mengandungi banyak program yang melalaikan dan tidak berguna, keadaan yang sama juga berlaku pada peranan dan fungsi komputer itu.

Begitu juga dengan manusia. Prinsip dalam sistem kepercayaan dapat menentukan ‘fungsi dan peranan’ seseorang itu apabila di tempat kerja, di rumah, ataupun ketika bersama dengan masyarakat.

Sekiranya komputer anda mempunyai terlalu banyak permainan dan program yang tidak diperlukan, apa yang perlu anda lakukan? Anda perlu uninstall program dan permainan itu daripada sistem perisian komputer anda. Kemudian, install sahaja program yang anda rasakan baik bagi mendapatkan manfaat yang diingini daripada komputer anda. Sekiranya begitu mudah dilakukan, bagaimana pula dengan manusia? Adakah prinsip seseorang itu dapat uninstall begitu sahaja?

Fungsi dan peranan komputer banyak dipengaruhi oleh jenis program yang ada di dalam komputer itu. Manakala prinsip manusia dalam sistem kepercayaan dapat menentukan ‘fungsi dan peranan’ seseorang itu apabila di tempat kerja, di rumah, ataupun ketika bersama dengan masyarakat.
Fungsi dan peranan komputer banyak dipengaruhi oleh jenis program yang ada di dalam komputer itu. Manakala prinsip manusia dalam sistem kepercayaan dapat menentukan ‘fungsi dan peranan’ seseorang itu apabila di tempat kerja, di rumah, ataupun ketika bersama dengan masyarakat.

Jawapannya, “Ya, boleh!” Begitu juga dengan sistem kepercayaan kita. Ia dapat install dan uninstall pada bila-bila masa, tidak kira tempat ataupun siapa pun kita. Namun, sebelum kita bincangkan langkah bagi membina sistem kepercayaan yang unggul, mari kita kenali terlebih dahulu bagaimana sesuatu prinsip itu terbentuk dalam sistem kepercayaan kita.

Bagaimana sistem kepercayaan terbentuk?

Secara mudahnya, kepercayaan berkenaan sesuatu dapat terbentuk dan dibentuk dengan adanya input yang diperolehi oleh kelima-lima pancaindera kita. Apakah yang kita lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa, minda akan menganalisisnya. Apabila setiap input mencapai tahap kredibiliti wibawa dan kuat, maka ia akan menjadi bukti ataupun hujah yang akan membentuk sesuatu kepercayaan.

Contohnya, pada zaman dahulu di Eropah, ramai orang percaya yang bumi ini leper. Mengapa mereka berkepercayaan sebegitu? Ini kerana perkara itu dikatakan dikatakan oleh paderi dan tokoh gereja. Apakah yang mereka dengar, sudah menjadi hujah yang kuat kerana gereja adalah sumber yang berkredibiliti pada masa itu.

Namun, apabila para saintis sudah berjaya menunjukkan yang bumi ini berbentuk bulat, dengan beberapa bukti contohnya bentuk laut yang melengkung dan kejayaan belayar ke Asia dari Eropah melalui Lautan Atlantik-Pasifik, maka banyak orang mula percaya yang dunia ini bulat.

Manakala apabila pesawat Apollo berjaya keluar dari atmosfera yang mengambil gambar bumi, maka ia menjadi bukti visual yang lebih berkredibiliti sehingga semua orang percaya bumi bulat. Kini kepercayaan ‘bumi ini bulat’ sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi dalam fikiran kita, bukankah begitu? (Atau anda masih berasa ragu-ragu dengan bentuk bumi sekarang?)

Media seperti buku, majalah, televisyen, radio dan internet juga turut sama mempengaruhi input kita.
Media seperti buku, majalah, televisyen, radio dan internet juga turut sama mempengaruhi input kita.
Sistem kepercayaan dapat diibaratkan umpama sistem perisian komputer.
Sistem kepercayaan dapat diibaratkan umpama sistem perisian komputer.

Eksperimen, pemerhatian dan kaedah empirical yang dibangunkan oleh tokoh-tokoh saintifik dahulukala adalah bertujuan bagi mendapatkan ‘bukti yang berkredibiliti’ dan mencari prinsip-prinsip alam, yang kemudiannya dipanggil sains. Sains kemudiannya dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil seperti fizik, kimia, bioligi, astronomi, geologi, fisiologi, zoologi dan pelbagai lagi. Apakah semua itu?

Semua itu adalah ilmu yang mengumpulkan ‘prinsip-prinsip alam’. Bagaimanakah prinsip-prinsip itu dibangunkan? Dengan kaedah eksperimen, observasi dan kaedah empirical. Semua kaedah itu bertujuan mengumpulkan bukti dan hujah bagi membangunkan teori dan prinsip sains.

Bagaimana dengan sistem kepercayaan kita?

Begitu juga halnya dengan diri kita. Apakah yang kita percaya berkenaan alam persekolahan, belajar di IPT, membuat kerja sekolah, menolong ibu bapa, datang awal ke pejabat, menghadiri mesyuarat, janji temu dengan bos, kesesakan lalu lintas, perkahwinan, outstation, bertemu klien, pembentangan, bermain dengan anak, hubungan kejiranan dan pelbagai lagi, kesemua kepercayaan itu terhasil daripada pemerhatian kita sebelum ini? Apakah yang kita dengan, lihat, hidu, rasa dan sentuh akan menjadi hujah yang membentuk kepercayaan kita berkenaan sesuatu perkara?

Biasanya input yang banyak dapat mempengaruhi kita. Input itu datang dari:

-Saranan pakar dan orang yang dihormati.

-Idea daripada pasangan dan teman baik.

-Pengalaman daripada kejayaan ataupun kegagalan yang pernah dilalui.

-Pembelajaran formal seperti kursus latihan yang pernah disertai.

-Media seperti buku, majalah, televisyen, radio dan internet.